Kalau dulu, saya sangat suka dan percaya bahawa ini adalah pusat servis perodua terbaik di kuala Terengganu. Tetapi sekarang semuanya tidak lagi. Mari saya ceritakan apa yang telah berlaku sejak tahun lepas.
Pintu kereta belakang driver (pintu belakang) saya tu berbunyi sejak awal tahun lepas. Saya dah buat aduan setiap kali pergi servis kereta. Dan untuk rekod, sabtu lepas adalah kali kelima saya membuat aduan yang sama kerana MASALAH PINTU TIDAK SELESAI-SELESAI. Dan entah kali ke berapa saya berulang alik dari kemaman dan kuala Terengganu ke perodua servis tersebut hanya disebabkan kelalaian/kecuaian mereka mengenalpasti masalah tersebut.
Kali pertama dulu, mekanik memberitahu dia baiki. Tetapi elok saya keluar memandu nak balik ke rumah selepas servis, pintu tu masih berbunyi. Saya telefon bagitahu masalah sama. Dia suruh saya datang semula. Dan kali kedua pun sama. Kata mereka, mereka dah ketatkan pin/skru terbabit dan masalahnya masih tidak selesai sewaktu saya memandu semula.
Bila perodua servis membuat panggilan susulan dalam minggu tersebut, saya memberitahu masalah tidak selesai dan mereka meminta saya datang kembali. Apakah perlu saya membuang masa, tenaga dan minyak kereta saya lagi untuk sesuatu servis yang kurang berkualiti oleh pihak perodua servis ni? Dah la saya ni bekerja di kemaman, bukan sepanjang masa berada di Kuala Terengganu.
Tetapi saya hanya datang lagi membuat aduan apabila tiba masa untuk servis kereta saya kembali. Dan kali ini, mekanik tersebut kata kena order barang iaitu door trim baru. Dan itu adalah under warranty. Seperti biasa, bila barang kena order, saya kena datang di lain hari bila barang dah ada. sekali lagi saya kena buang masa, tenaga dan minyak kereta untuk berulang ke perodua servis tu. tetapi kecewanya saya bila trim door yang dipasang baru tersebut langsung tidak membantu. Pintu tersebut masih berbunyi. Dan saya membuat aduan lagi di servis yang berikutnya. Nak diikutkan saya betul-betul kecewa. Katanya mekanik semua pakar-pakar, tetapi masalah pintu tersebut tiada siapakah yang boleh kenalpasti apakah masalahnya?
Kali ini saya membuat aduan, dan sekali lagi, staf bertugas memberitahu kena menukar trim door baru. Saya pelik dan saya memberitahu trim door baru dah pun ditukar dan masalah tidak selesai juga. Perlukah ditukar lagi trim door itu? Mungkinkah ada masalah lain sebenarnya di pintu tu? dan staf tersebut dengan tegas (seraya menyuruh saya bersetuju mengorder) berkata dia SANGAT PASTI yang kena tukar trim door baru. Yang dulu tu bukan. Tapi dia tidak menerangkan secara jelas keseluruhannya. Dan menjadi saya yang jahil tentang kereta saya pun bersetuju. Tetapi masih juga saya seperti keberatan bila saya datang lagi ke perodua (untuk kali keberapa dah) untuk memasang trim door. Masih sempat bertekak sikit tentang perlukah menukar trim door itu. Tetapi diberitahu oleh staf itu adalah caranya penyelesaian menghilangkan bunyi pintu kereta tersebut. Mekanik juga sempat membawa saya menaiki kereta saya untuk mencuba samaada masih ada bunyi atau tidak selepas memasang trim door tersebut. Waktu itu, tiada bunyi langsung.
Tetapi, seelok saya balik daripada perodua servis, kereta tersebut pintunya masih berbunyi seperti biasa. Lebih-lebih lagi bila di jalan tidak rata bunyi ‘keching’ seperti ada besi berlaga. Dan semalam buat kali entah ke berapa, saya memberitahu mereka lagi tentang bunyi kereta tu.
Dan tak lama selepas tu, tiba-tiba staf yang sama yang dulunya beria-ia menyuruh saya menukar trim door baru tu cakap, yang pintu kereta tu pinnya bengkok dan kena order baru. Saya seperti nak terbeliak biji mata. Dan saya masih bertanya elok-elok habis hari tu yang ditukar trim door tu bukanlah penyelesaian? Tetapi staf tersebut seperti buat tidak dengar, buat-buat tidak tahu dan cuma beriya-iya meminta persetujuan saya untuk saya bersetuju dengan pengorderan pin/barang baru tersebut. Dan saya bersetuju sebab dia bertanya saya di depan ramai pelanggan lain. dan sudah tentunya saya berharap kali ini cadangan penyelesaian daripada staf ini adalah penyelesaian terakhir untuk masalah bunyi pintu kereta saya tu. Dan saya dah faham, bila disebut order, saya kena datang lagi sekali ke perodua untuk dipasang pin tu. begitu banyak masa saya terbuang hanya di perodua servis hanya untuk satu masalah kecil yang mereka langsung tidak boleh selesaikan sejak dulu.
Sekarang, saya ingin sekali bertanya kepada mereka di mana boleh saya adukan ketidak puasan hati saya ini terhadap ketidaktelitian pihak perodua servis Kuala Ibai kepada saya sebagai seorang pelanggan selama tiga tahun.
Antara yang menjadi penambah perisa sakit hati saya kepada mereka adalah:-
1. Selama tiga tahun membuat servis di sana, hanya dua kali staf menerangkan kepada saya di manakah part/barang-barang yang telah diservis di kereta sebelum saya pulang. Di hari lain-lainnya tiada langsung staf yang menerangkan kepada saya melainkan kalau saya bertanya.
2. Alat-alat lama yang bila diganti baru untuk kereta saya tak pernah diberikan kepada saya semula. Tidak tahu mana perginya alat lama itu samaada diambil oleh mekanik/pihak perodua. Saya cuma pernah diberitahu staf mereka, kalau alat ganti itu masih di bawah warranty, mereka akan hantar yang lama ke perodua HQ . soalannya alat ganti yang saya keluarkan wangnya beratus-ratus itu ke mana perginya?
3. Dan kemuncak rasa nak marah saya adalah sabtu lepas. Selepas balik daripada perodua servis, alarm kereta saya sudah tidak berbunyi lagi. Sebelum ini, langsung tiada masalah. Tidak pernah langsung ada masalah alarm! Saya terus menelefon perodua tetapi seperti biasa, saya KENA DATANG SEMULA KE PERODUA di atas kesilapan di belah mereka untuk mereka membuat pemeriksaan. Membuang lagi masa saya, tenaga saya dan minyak kereta saya seperti saya tiada perkara lain untuk dibuat lah?
4. Apakah maknanya dibuat appointment kalau tiba-tiba pelanggan lain yang tidak membuat appointment didahulukan? Sedangkan tujuan dibuat appointment adalah untuk menyusun jadual kerja mereka? Kalau begitu caranya, tidak perlulah kami buat appointment mengikut waktu kesesuaian yang kami pilih. Ini sesuatu yang sangat saya kesal sejak dahulu sehingga sekarang di perodua servis kuala ibai. Selamba aje saya pernah menunggu hampir 2 jam setengah semata-mata menunggu kereta saya siap!
Dahulunya mungkin pusat servis ini menjadi sebutan sebab servis yang bagus, staf yang berkemahiran dan mesra tetapi saya rasa lama kelamaan amalan ini semakin terpinggir gara-gara mereka mendapat terlalu ramai pelanggan di satu-satu masa dan tidak lagi terkejar. Maka kualiti mekanik mereka berkurang, banyak kelalaian dan kecuaian dan lain-lain faktor yang menyumbang kepada rasa tidak puas hati pelanggan seperti saya. Kalau tidak, takkan muncul page BOIKOT PERODUA KUALA IBAI di facebook sana.
Saya kena datang semula ke sana minggu depan, dan saya masih menunggu panggilan daripada perodua untuk bertanya feedback saya tentang servis mereka baru-baru ni (biasanya disuruh memberi rating) dan juga makluman tentang barang yang baru diorder. Dan saya nekad, minggu depan saya akan luahkan segala ketidakpuasan hati saya ni, dan kalau boleh nak berjumpa manager mereka. Kalau selepas tu, saya tidak lagi dialu-alukan pun, saya dah tak kisah. Saya boleh pergi ke pusat servis lain.
Saya cuma berharap mereka lebih mengambil berat tentang sesuatu aduan yang pelanggan buat. Saya tahu saya jahil bab-bab kereta tetapi perlukah kelentong saya dengan itu ini, tidak menjawab soalan saya dengan penerangan lebih jelas? Sila letakkan tempat saya ini dengan tempat isteri mereka, adik perempuan mereka, emak mereka. Kalau kena macam saya, rasa teraniaya macam ni, apa mereka akan buat?
Sekian, dari saya yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan di perodua servis kuala ibai atau namanya adalah PRO IBAI AUTO SERVICES SDN BHD!

2 Yang Menegur:
bakpe x servis kt kemaman je sa ??xpun kt kuantan...
next time , nk g kemaman pulak. hehe.. kita acu try tengok camna.
Post a Comment