15 January 2012

karaoke dan wayang

saya ini memang tak pernah masuk panggung wayang seumur hidup saya. kalau ada cerita baru yang saya tengok pun, itu daripada cd/dvd yang saya pinjam atau download daripada internet. jujurnya, saya memang tak pernah memijak ke dalam panggung. dan saya ingat, hanya saya yang begitu. tetapi, saya bertemu dua orang lagi yang sejenis dengan saya. jangan kata saya skema. bukan, sebab kadang-kadang saya ni nakal macam orang lain juga. cuma saya ada pendapat sendiri berkenaan menonton wayang. mungkin tak perlu didebat atau dibahaskan. 

dan saya harap, kawan-kawan hormat dengan pendapat dan pendirian saya tentang itu. setiap orang dah besar dan berfikiran. setiap orang pastinya ada pendapat dan pendirian yang berbeza. pada saya, jika sesuatu itu tak elok pada pandangan mata dan fikiran saya, saya akan cuba untuk elakkannya. jadi, tak perlu kot nak rasa musykil dan pelik sekiranya tahu saya tak pernah masuk panggung wayang. :) dan saya tidak pula melarang kalau kawan-kawan suka menonton wayang. itu hak dan peribadi masing-masing. saya hormat kamu dan harap kamu juga hormat apa yang saya suka dan tak suka. 

satu lagi perihalnya adalah berkaraoke. saya memang tak pernah masuk ke mana-mana pusat karaoke. apa lagi karaoke box yang kecil tu. tak pernah dan tak teringin langsung. kalau ada yang berpendapat karaoke adalah cara untuk melepaskan tension dan stress, silakan. saya tak marah dan melarang kalau ada yang nak berkaraoke. saya faham setiap orang ada kesukaan dan kegemaran masing-masing. cuma, jangan lah ditarik dan ajak saya ke tempat yang mana saya tak suka. memang saya tak mungkin pergi selagi mampu saya menahan diri daripada menjejak tempat-tempat macam tu. sekadar lalu di depan karaoke box pun saya dah sakit kepala. apa lagi mahu menyanyi kat dalam tu. bukan saya lah tu.

untuk sekarang, saya boleh berkata saya tak nak masuk ke tempat macam tu. dan saya berharap, saya akan ditemukan dengan mereka yang juga satu pendapat dengan saya bab ini. sesungguhnya saya cuma mampu berharap supaya tidak diketawakan bila ada kawan baru yang tahu tentang pendapat saya tentang dua tempat ini. (walaupun sebelum-sebelum ni dah biasa kena gelak pasal ni). dan saya juga berharap kawan-kawan memahami tentang ini.

begini lebih baik ^^

p/s/s: wuwuwuwu, bulan ni gaji dah start dipotong untuk ptptn.. *tangisan dalam kegembiraan?*

2 Yang Menegur:

nis n4d (*_~) said...

sori if rasa offended dgn usikan ktorg. usik je.. takkan paksa org yg tak mau. =)

nur.sa said...

bab korang ni, mesti la sy tau korang bergurauu..! :P sy cuma berdoa pasangan hidup sy nanti juga sekepala dgn saya.. berharap tak salah kot..hehe.. mana tau makbul..