dah hampir sebulan tak balik ke rumah. last time saya balik adalah hujung december lepas. rindu. rindu nak bergaduh dan bermasam muka dengan adik beradik. yeah, itu fakta. sebab setiap kali balik, mesti ada aje isu yang jadi punca. di usia macam sekarang, saya rasa adik di bawah saya ni lagi rapat dengan adik beradik yang lain. mungkin dia lebih manis dan lebih lembut serta berhemah daripada saya dalam melayan adik-adik. haha. itu juga fakta. saya ini insan garang tak terperi. -.-
saya ada akaun facebook, twitter, google plus dan juga foursquare. dalam semua ini, yang terpaling sosial adalah facebook sahaja. yang lain? sekadar wujud tanpa ada rasa mahu aktif. haha. sekadar ada aje la untuk sekarang. eh tapi twitter tu aktif sikit kot sebab saya suka follow orang hebat-hebat dengan ilmu. at least dari tweet mereka boleh menjadi inspirasi kepada saya. :D follower saya? errr. ok. jom next topic. keh keh.
saya dapat berita officemate nak kahwin dah hujung minggu nanti, 28hb. wah! gembiranya. dah dapat jemputan dari mulut empunya badan pun. sekejap sahaja kalau dah dikatakan jodoh kan. dari mana-mana pun mereka boleh datang dan dijodohkan. suka! suka! hahahaa. orang kata jodoh itu adalah rahsia Allah yang kita tak tahu. kemungkinan saya tak sempat berkejar balik ke KT waktu tu. jadi, mungkin saya jumpa pengantin kemudian la. semoga semua berjalan dengan lancar untuk pengantin dan keluarga.
di kampung saya juga, akan ada perkahwinan berlangsung. rumah bakal isteri ally iskandar. :) ally bertuah menjadi menantu kepada kak asyikin. famili mereka memang orang baik-baik. semoga semuanya juga lancar untuk mereka. dan bahagia hingga ke syurga.
hari ni saya puas hati dapat petik buah-buahan di dusun. hahaha. ada duku, ada manggis ada juga durian. baru saya tahu nikmat orang ada kebun atau dusun buah-buahan sendiri. haha. perut memang menari-nari la hari ni sebab dapat menikmati semua buah tu. :P
petang ini, saya akan ke kuantan. esok akan ke kl. dan malam esok ambil train terus ke ulu kinta. ada trip saya join. doakan semua selamat sampai ye.
jumpa lagi. salam.

0 Yang Menegur:
Post a Comment