Minggu lepas, seorang makcik dilanggar sebuah trailer panjang sampai meninggal. Nauzubillahiminzalik. Alfatihah untuk allayarhamah. Saya mendengar cerita daripada rakan. Sebab kebetulan waktu itu, saya tidak melalui jalan tu. saya memilih untuk mengelakkan kesesakan di waktu puncak. Jadi saya memilih jalan jauh tapi tidak serabut dengan kenderaan. Semenjak jambatan baru dalam pembinaan, semuanya jadi sesak. Mata sesak,nafas sesak, fikiran sesak. Bertambah-tambah sesak bila jalan itu adalah jalan utama menuju ke kawasan perindustrian yang hari-hari-hari nak tak nak memang ramai akan melalui jalan itu. Allahuakbar.
Tapi dalam duk menunggu setiap pagi di situ saya rasa ramai orang mendapat sesuatu. Pelajaran sabar.
kalau kebetulan saya masih berdegil nak melalui jalan yang sesak, saya terpaksa menunggu pakcik polis trafik melepaskan jalan saya selepas menunggu lebih 15minit. Sangat menguji kesabaran saya dan kawan-kawan lain. Saya tahu sabar saya sangat tipis. Mudah marah dan melenting bila melihat perangai pemandu-pemandu lain yang mementingkan diri. Dekat pakcik polis pun saya pernah juga melenting sebab dia membiarkan kereta di arah jalan kami menunggu lebih lama daripada jalan-jalan lain. Tetapi, sewaktu menunggu itu jugalah, saya tersedar. Cuma diuji dengan menunggu selama 15 minit sudah mahu mengamuk. Itu cuma ujian kecil sahaja.
Ya Allah. Rasa teruknya diri ni. Suka merungut terlampau banyak. Kalau nak dikira tentang kesedaran diri, cukup sahaja dengan ujian menunggu yang Allah bagi tu sahaja. Tahulah saya setakat mana sahaja kesabaran saya ini. Tipis. Entah-entah lagi nipis daripada kulit bawang. Kalau diberi score, entah-entah hati saya berada di tempat tercorot. T_T
Hari itu, saya nak pulang ke rumah daripada ofis. Saya menunggu sahaja di simpang empat tu, dan kebetulan waktu lampu kami sudah hijau, kereta-kereta daripada belah sana masih lagi juga nak bergerak ke arah kiri. Sepatutnya waktu itu giliran kami untuk bergerak. Saya terasa marah, cukup untuk saya hon dan bagi high beam. Lepas tu, mulut saya diketap-ketap. Saya berfikir, mereka langsung tidak menghormati pemandu-pemandu lain. Sangat ramai yang mementingkan diri sendiri bila berada atas jalan. Langsung tak nak berfikir perasaan orang lain yang menunggu. Juga lama seperti mereka.
Tapi sampai di rumah, saya terfikir. Apa beza saya dan mereka. Apakah mereka akan berubah selepas saya bagi hon tadi? Tidak! Malah saya yang dah berubah menjadi sama seperti golongan mereka. Jenis manusia tidak sabar! Oh ya Allah. Sukarnya mahu menjaga dan memelihara hati sendiri dan menjadi lebih sabar hari demi hari. Sukar sekali rasanya.
Itulah yang saya cuba lakukan sekarang. Cuba bersabar hari demi hari. Ada kawan berkata, bila dia terasa nak marah pada seseorang, dia twistkan perasaan tu dan tukar fikiran dia dengan menganggap setiap kesalahan tu datang daripada dia. Bukannya datang daripada kesalahan orang lain. Yeah, mungkin betul. Dalam kes saya, saya sudah tahu peak hour kesesakan dekat situ, kenapa perlu saya melalui jalan itu lagi pada masa tu. dan saya masih ada pilihan lain untuk pergi dan balik ke rumah. Maksudnya di sini, saya boleh mengelak untuk berada dalam situasi yang boleh menguji kesabaran saya. Dan saya pastinya kena salahkan diri sendiri kalau saya masih berdegil nak berdepan dengan situasi di situ. Bukan salah orang lain lagi. Mudah-mudahan pelajaran ini berguna buat saya.
Mulut kita masih boleh ditutup daripada berkata-kata. Tetapi, hati? Hati masih mampu berkata-kata dalam apa jua keadaan. Lindungilah hati kita yang satu daripada sebarang kemungkaran.

4 Yang Menegur:
yang meninggal minggu lepas kwn mak sy sa..sy kenal arwah. sedih sangat dengar brita tu. berlaku waktu subuh. ms tu sy baru sapa kl. emmm bab memandu ni mmg amat menguji kesabaran. saya pon kadang2 tu cam tu gak.cuma x pernah hon org je.hehehehe..kene hon byk kali la.tp wat bodo je.pas tu senyum..;)
ye dayah. sedih bila orang bagitahu cara dia meninggal. tapi ajal dia macam tu. sa kadang-kadang tak suka orang ambil kesempatan dan tindas kita.sebab tu rasa nak marah bila dorang ni pentingkan diri. tapi sekrangdah belajar slow-slow kurangkan marah dan cuba bersabar. hehe.. risau kan jadi seorang pemarah tak bertempat.
Saya pun ada masalah gak dengan pemandu2 macamni. But then, maybe cerita bawah ni boleh tolong org mcm kita. :)
I hopped in a taxi, and we took off for Grand Central Station. We were driving in the right lane when, all of a sudden, a black car jumped out of a parking space right in front of us.
My taxi driver slammed on his brakes, skidded,
and missed the other car by mere inches! The driver of the other car, the guy who almost caused a big accident, whipped his head around and started yelling bad words at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy. And I mean, he was actually friendly!
So, I asked him, "Why did you just do that? This guy almost ruined your car and could've sent us to the hospital!"
And this is when my taxi driver told me about what I now call, "The Law of Garbage Trucks."
"Many people are like Garbage Trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it, and if you let them, they'll dump it on you. When someone wants to dump on you, don't take it personally. Instead, just smile, wave, wish them well, and move on. You'll be happier because you did."
wah. nak jadi macam pakcik tu la. bos saya tadi pun cakap benda yang sama bila saya sembang dengan dia. saya aje la malu sendiri dengan sikap tak sabar.haha.
tq, faiz.
Post a Comment