Hampir saban hujung minggu akhir-akhir ni, saya habiskan masa di kemaman. Bukan di KT seperti sebelum ni. Tidak lagi merempit setiap petang khamis balik ke KT. Tidak lagi bergegas off kan laptop semata-mata mahu masuk cepat ke kereta dan mengelakkan jem.
saya rasa pelik dan aneh. Saya rasa dah lama tak balik, cuba untuk tidak balik untuk sesuatu yang bersebab. Setiap kali kawan atau bos bertanyakan samaada saya balik atau tidak hujung minggu, saya akan jawab tidak. Kadang-kadang saya mengelak, takut dikutuk bos sebagai tidak ingat kampung. Hehe.
sebenarnya, saya cuba untuk balik tidak kerap. Mungkin cuba balik sebulan sekali. Entah. Cuma cubaan. Berjaya atau tidak saya masih belum pasti. Cuba melihat perbezaan sekiranya saya kerap balik, dengan tidak kerap balik. Dari banyak segi termasuk masa, kos, wang, dan lain-lain.
Banyak kali adik tanya, kak cik balik ke tak? Sekarang, kan cuti sekolah, semestinya adik-adik saya bertiga tu ada dekat rumah. Mungkin mengkucar-kacirkan rumah. Huhu. Saya jawab tidak. Kadang-kadang ada rasa bersalah sebab ada masa-masanya adik-adik dan emak perlukan saya dan kereta untuk membeli barang di Bandar KT. Tapi saya di sini. (kan best kalau saya bekerja di kampung halaman saya tu).
Berdepan dengan pilihan yang melibatkan emosi adalah sukar. Orang lain takkan faham. Kalau faham pun, itu adalah mujur. J
p/s: saya terbaca tentang dividen tabung haji tahun ni. J
p/s/s: satu lagi azam tahun baru muharam saya, Insyaallah harap dipermudahkan Allah untuk saya melangsaikan duit ptptn.

0 Yang Menegur:
Post a Comment