Ini kisah si manggis.
Manggis sudah bekerja hampir separuh daripada umur si dekad.
Dia tidak begitu mencintai kerjanya.
Tetapi sebab manggis tahu kerja itu satu ibadah, diluruskan juga niat hatinya.
Sesekali hatinya juga terpesong menuju jalan penuh semak duri.
Tetapi ditarik semula stereng hatinya berpatah balik seiring dengan kelapangan di dada.
Manggis tidak pernah sunyi.
Tetapi diri tetap diuji.
Patah dan tutur katanya kadangkala dibenci orang.
Muka ketatnya kadangkala dijuih orang.
Tetapi manggis tetaplah manggis.
Hitam dirinya tak pernah menjadi putih.
Manggis mahu menjadi seperti diri si bayi.
sekalipun hitam dirinya di luar mahu isinya tetap putih bersih.
Manggis mahu menjadi antara insan terpilih juga antara golongan yang sedikit.
Susahkah?
Manggis tertunduk tatkala orang lain mendabik dada.
Kerana manggis tahu kadangkala apa yang orang bercerita itu, dia tiada apa-apa.
Apa mahu dibangga kalau diri tidak hebat di mata mereka.
Manggis tidak akan mampu berkawan dengan mangga.
Bukan mangga yang berkata, tapi manggis tahu isi hatinya.
Manggis ada keluarga.
Tapi tidaklah mereka faham isi hatinya si manggis sekalipun mereka berasal daripda pokok yang sama.
Setandan kelapa pun, tidak semuanya sama apatah lagi dirinya cuma si manggis.
Kerjaya manggis tidak hebat, tapi mampu buat dahi berkeringat.
Cuma…
Itu dulu katanya manggis.
Manggis rasa ngeri dan sedih tak terperi melihat diri tidak tahu arah dan erti.
Manggis tiada panduan lagi.
Hilang sudah arah dan misinya di sini.
Manggis cemburu dengan mereka.
Manggis mahu jadi seperti epal.
Manggis mahu jadi seperti anggur.
Tetapi, manggis tetaplah manggis.
Iaitu insan terpinggir.
Manggis ada kawan.
Tetapi kawan bukanlah bermaksud semuanya boleh berkongsi.
Manggis tahu mereka tidak mengenal manggis sangat.
Kawan manggis juga adalah istilah ini, ‘busy’.
Manggis ada banyak watak.
Hari ini menjadi manggis yang manis, esok menjadi manggis yang masam.
Dan lusa mungkin juga menjadi manggis yang buruk.
Amanah manggis mungkin berakhir.
Itu rasanya pilihan terakhir manggis.
Mungkin tidak mampu lagi memberikan kemanisan kepada mereka.
Tetapi manggis mahu sentiasa mahu menjadi manggis yang manis.
Susahkah?
Manggis juga mahu berbakti.
Manggis tahu membalas budi.
Tetapi mata mereka tidak menampakkan mereka tahu kemahuan manggis.
Manggis penasaran kali ini.
Manggis sudah penat, tapi manggis mungkin tidak akan berhenti.
Manggis masih mahu berbakti.
Dengarkah mereka kepada isi hati manggis.
Mahukah manggis menghempaskan diri di depan mereka.
Barulah mereka tahu erti manis si manggis?
Manggis hitam.
Manggis tahu.
Manggis faham.
Manggis tak nak merayu.
Manggis tak nak meminta-minta.
Kalau tidak pun, cukuplah manggis dah mencuba.
Hati manggis sakit.
Hati manggis pilu.
Nilailah manggis ini.
Dengan cara yang betul dan bersih.
Jangan menilai manggis yang hitam.
Manggis tak reti memujuk rayu.
Seperti kulit manggis yang keras, kadang kala hati manggis pun begitu.
Cuma selalu manggis berdoa dan berusaha.
Agar hatinya selembut dan seputih isi dalamannya.
Manggis tidak akan pernah menjadi putih kulitnya.
Hitam dan putih itu kan berbeza.

4 Yang Menegur:
adakah kamu manggis tu? sebab rasanya kamu durian sa....hahahha
haha. mu rasa? opss. durian tu terlampau kasar utk aku :)
Semoga manggis tetaplah manggis. Kerana yang pandai menilai hanyalah tuan pokok. Bukan mempelam, mahupun rambutan.
wah, menarik.
dan awak betul.
Post a Comment