emak melahirkan kami 8 beradik semuanya secara normal. seorang daripadanya adalah saya. dah hari ini, 7 november 2011, umur saya genap 27 tahun. ya. angka di atas itu adalah umur saya hidup di atas muka bumi Tuhan ni. Alhamdulillah, umur saya masih dipanjangkan Allah swt.
dua hari lepas, saya mendapat sebiji kek. haha. cukup merasa sesudu sahaja, yang lain-lain adik-adik dan yang lain habiskan. saya bukan penggemar kek tegar.
jujurnya, saya sering terbayang macammana keadaan emak saya boleh melahirkan kami 8 beradik semuanya secara normal. terasa semacam kagum pun ada juga. sebab bila hari ini disebut 8 beradik, orang akan cakap 'wah, ramainya'.
tetapi, terima kasih saya memang banyak tertumpah pada emak. salah satunya adalah kerana melahirkan saya ke dunia ini.
terima kasih, emak! dari saya sekecil tapak tangan, sampai dah besar panjang macam ini, saya mengharap saya akan berubah daripada pe'el-pe'el buruk saya sekarang kepada lebih baik. untuk kebaikan dunia dan akhirat.
p/s: saya sukakan seven eleven bukan kerana barang-barang dijualnya tetapi pada namanya sebab itu adalah birthday saya.
p/s/s: selamat hari lahir, selamat ulangtahun dan selamat semuanya kepada anda yang ada kaitan dengan tarikh yang sama. 7/11. :D

4 Yang Menegur:
hepi birthday sa...may Allah bless u...:)
terima kasih ct. :)
Happy bday Sa! Semoga ditetapkan iman, dilimpahkan rezeki yang berkat, dan dikurniakan kemanisan iman. Amin!
~ Sama date anniversary saya rupanya. :)
mekasih faiz. haha. a'ah sama. ingat lg dua tahun lepas masa baca blog faiz, eh date faiz kawen sama ngan birth date saya..happy anniversary yg ke2. semoga kalian bertambah bahagia menuju ke syurga firdaus. ameen.
Post a Comment