22 January 2011

cara membuang black head di muka

ini percubaan pertama saya sejak menggoogle hari tu, macammana cara nak buang bintik-bintik hitam yang makin bertambah di hujung hidung ni. so, ini caranya yang saya dapat. dan petang tadi, lepas balik daripada makan, terus cuba buat. biasa ni. kalau ditangguh nanti, terus haku lupa.

bahan diperlukan:
kapas muka atau tisu muka
telur putih sebiji pun lebih dari cukup

caranya:
ambil kapas muka tadi yang segiempat tu, lepas tu celup dalam telur putih tu dan tempekkan terus di tempat yang korang nak buang black head tu.

atau pun cara satu lagi,
sapukan teur putih di muka, lepas tu cepat amikkan tisu muka letakkan atas putih telur tadi. tisu muka tuh korang potong la dulu jadi segiempat senang nak tempek di area mukakan.

mana-mana cara sama aje.


dan lepas tempekkan di muka, korang biarkan sampai kering. kering tu maksudnya bila korang rasa kulit muka dah tegang. nak tunggu kering tu, boleh aje korang tidur ke tengok tv ke. tapi jangan tengok kartun. awas! karang korang tergelak-gelak habis rosak apa yang korang buat dekat muka tu :P

nah, dah confirm kering tisu muka tu, korang leh tarik la. buangkan daripada muka tu semua tisu-tisu tu. agak sakit sikit, sebab ditarik sekali dengan bulu-bulu muka kan, tapi kesannya lepas tu. fuhhh. lembutttt, halusssss.

eh jangan lupa cuci muka bekas putih telur tu. hehe, karang bau hanyir tu tak hilang, tak tau.tak tau.


ni lepas saya tampal di pipi. maaf pipi tak gebu mana.

tengok tu muka kena serius sebab masa ni dah half kering. haha.

nah, kesannya. nampak tak ada sikit-sikit macam warna hitam tu yang tertanggal daripada muka saya tadi lepas ditarik.


nanti boleh diulang-ulang buat lagi. kalau korang rajin google kan, ada banyak lagi cara boleh buat. sendiri-sendiri tak perlu pergi facial pun. ada yang guna honey, ada yang campurkan telur dengan tepung jagung, macam-macam la. rajin-rajin lah google. saya pulak untuk diri sendiri cara ni dah cukup. 

nanti malam lain nak buat lagi.

selamat tinggal bintik-bintik hitam.

6 comments:

My name starts with M said...

wow! nak cuba la!!

p/s: telur kuning buat ape pula?

nur.sa said...

haha. ada dlm peti ais, letak dlm ns goreng pun sedap!

Anonymous said...

Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog..

nur.sa said...

anonymous
terima kasih sudi menjengah belog ni :)

humbleyat said...

lembut dan halus..?teringat iklan nescafe harith iskandar..hehe

nur.sa said...

humbleyat
yeah. :)