21 July 2010

udang galah di rompin

minggu yang lepas, saya ke rumah aqil. sila rujuk yang tak berbaju di atas. itu adalah kotak mainan di mana dia menghumban segala lori hantu, lori sampah dan berlori-lori yang lain termasuklah raket badminton, juga mainan sejak dia lahir dan juga backhoe kesayangan. T__T ku tak mampu menghalang.


cerita bermula pagi (yang tak pagi pun sebenarnya T___T) jumaat lepas.

 nampak menu sedap di atas? sila percaya yang ia sedap sebab lidah saya rasa ok. ok maksudnya boleh ditelan dan makanya disamakan dengan sedap. maksudnya sedaplah. ok. semua orang fahamkan? laksa tomyam dari laksa shack di atas memang sedap. pergilah cari di east coast mall kuantan. ngeeee. kalau tak sedap marah tukang masak dia hari tu. :P ini breakfast saya di jumaat tu.


ke cosway selepas breakfast menu di atas pada pukul 11am. cosway tu apa? sila google ye wahai lelaki. perempuan mesti tau ni. sahabat baik iaitu kak na mencari barang di sana.

ke f.o.s melilaukan mata mencari baju. saya masih berjaya mengekang keinginan mahu membeli. takut lepas beli sehelai baju, terus saya kena blah balik ke rumah. haha. sebab nya bawak duit cukup untuk makan. 

di EC Mall, kak na mengajak merewang ke arah rompin. oh yeah? on!


terjumpa projek ini di tepi jalan. sempat lagi saya snap gambar dan sempat berhentikan kereta sebab nak melihat pesaing syarikat saya bekerja sekarang ini. makin maju. huhu. hari tu katanya tak jadi. eh mana satu betul entah. ok. gambar ini disnap waktu saya pulang ke kuantan.

ini tujuan utama ke rompin. mahu makan udang galah yang besar dan sedap. oh. masih terasa kesedapan udang galah waktu kami ke rompin untuk join redah je program. mee ni memang sedap. kedainya adalah kedai antara simpang nak masuk ke segamat tu. dekat r&r itu aje. saya rekemen dekat anda. udang sana best dan besar-besar. siapa tak suka makan banyak tak payah pergi lah. nanti buat penat aje. pergi sana makan ayam dan ikan yang dah hari-hari kita makan kan.

berhampiran kedai makan berderet tu jugak, ada gerai buah. macam-macam buah ada. ohmaigod. sangat best. ada manggis pujaan dan duku kesayangan. heehe.

tahukah anda yang anda akan bertemu deretan kedai menjual buah nanas dan juga jeruk dalam balang otw mahu ke kuantan dari rompin? silalah berkunjung jika mahu turut serta. :D jeruk itu mungkin tidak elok untuk kesihatan tapi nenas itu segar dari kebun okek.

kak na bertanya mana dapat nenas ni. tuan kedai cuma tunjuk di belakang kedai. hahaa. see? dekatnya tempat mereka tanam nanas tu.

jeruk-jeruk berwarna warni. sekali makan mesti lepas tu sakit tekak. kuatnya penangan ubat yang depa guna untuk buat jeruk. jangan suka makan jeruk sebab TIDAK ELOK untuk perut anda. sayangi perut dan usus anda, nasihat ikhlas dari pencerita.

singgah di mydin pekan. saja mahu menghabiskan masa. seronok melihat student form1-5 bershopping. teringat zaman 2000-an la pulak. zaman saya berhoneymoon di smakh :P

sebelum singgah mahu dinner, sebenarnya kami singgah juga di tepi pantai di tepi jalan rompin tu. dan ada eksiden terjadi. sampai kereta kak na rosak. sadis bangat. tapi tuan punya kereta elok aje rileks. saya pulak rasa kesian dan bersalah. kesian dekat body kereta. kerang di atas sangat best!

tuan punya kereta menjamu selera. saya? di sebelah sini. sangat best. sehari suntuk berjalan ke rompin dengan kak na. kalau bab makan sanggup aje daku redah. 

sekarang dah tak boleh berbangga. dulu berbangga sebab makan banyak mana pun badan takkan naik. sekarang tidak lagi. selera sangat bertambah-tambah sama juga tambahan inci di badan. seram. dan makin seram melihat the biggest loser sekarang. saya seperti anti nampak perut menggelebeh. uwaaaaaaaaaaaaaa :(

p/s: misi membuang 2-3 kilo masih belum bermula. atoi!

5 comments:

nis n4d (*_~) said...

tidakkkkk!!! jelesssssseyyyy!

norMAzuan MUstafa said...

huhuuuuuu...bila amau pick me at pekan n we go rompin pekena itu udang gaalh togher2...hahahah

nur.sa said...

nad
aaaaa. one sweet day kita plan lagi yep :P

mazuan
haha.mau pick di mana tuh. tepi jalan? :P

TINTA SULAIMAN ENTERPRISE said...

salam..

jika ingin menikmati udang galah kuala rompin resipi diraja di lembah klang.. sila lawati
http://udanggalahkualarompin.blogspot.com/

Anonymous said...

Nice Blog.
Koleksi makan best kat Pahang versi saya..

http://penang-halal-food.blogspot.com/search/label/Pahang