10 July 2010

cerita pencuci muka

saya pertama kali berjauhan dari family waktu berumur 15 tahun. waktu tu kunun nak ambil PMR. kena study hard, kan? so decide duk kat hostel tahun 1999. setahun beb. tak lama pun. masa tu pulak walaupun dah tak berhingus tapi fikiran tak berapa nak matang dan tak berapa nak tahu sangat tentang beberapa perkara termasuklah pasal kecantikan diri. 

saya selalu tengok tiap kali saya ke toilet dan bilik mandi, before mandi mesti ramai kenkawan akan cuci muka dengan pembersih muka kat depan cermin di sinki. saya? tak pernah buat sekali pun aktiviti cuci muka pakai sabun pencuci tu. T_____T sebab tak ada orang ajar. haha. jawapan naif betul kan? tapi betul lah.

so, satu hari di bilik, saya tanya kawan. apa pencuci muka diaorang pakai? saya betul-betul zero ilmu pasal tu. ada la yang cakap pakai hazeline la, sabun susu kambing la. erk? susu kambing??? dan macam-macam la. saya pening. saya nak try pakai pencuci tapi tak tau nak pakai mana satu. jadi, kawan saya suggest supaya try pakai sabun susu kambing. waktu berumur 15  tahun apa lah yang ada dalam fikiran saya untuk mencuci kulit muka kan? sebab teringat jugak cakap orang tua-tua. tak perlu pakai apa pun sebab elok natural macam tu. so? memang saya tak teringin beli lah. 

sampai masa sebab nak mencuba sangat, saya pun tanya harga pada kawan yang menjual sabun tu. eceh. kawan umur 15 tahun dah pandai bisnes tu.. :P berapa harga sekotak kecil tu? saya masih ingat kotak dia kecil je. ada warna hijau dan putih kat kotak tu kalau saya masih ingat betul-betul la. ada gambar kambing seekor. hahaha. harga dia cuma tiga ringgit. waktu tu sebab saya stay kat hostel mesti la ada duit belanja kan? haha. so sanggup saya bayar rm3 untuk sekotak sabun tu.

bila saya buka. alahai. kecil nya sabun tu. kecil molek je. dah la berbentuk macam badan siput. warna putih. kawan saya ajar pakai la sabun tu untuk cuci muka tiap kali nak mandi. ya saya cuba. dah la selalu tak teringat tiap kali kat sinki nak cuci muka. lepas tu, saya perasan sabun tu memang agak cepat berbuih. sekali letak kat tangan yang basah, cepat je dia berbuih dan cepat-cepat kena sapu kat muka.

seminggu lepas saya beli sabun tu, sebab hanya mahu mencuba, saya pun balik ke rumah kat kampung. sebab outing! hoho. boleh la stay kat rumah jumaat dan sabtu. yeay! 

saya masih pakai sabun tu. tapi saya jenis yang malas mahu mencari bekas untuk sabun tu makanya saya cuma letak sabun tu dalam kotak dalam bilik mandi di tempat yang sama dengan berus gigi dan lain-lain tu.

petang tu, turn saya mandi agak lewat sebab orang lain dah choop bilik air. adik beradik ramai biasanya suasana beratur tu memang wujud. hehe. sampai turn saya, sebelumnya adalah mak saya. waktu mak saya keluar, saya macam rasa aneh sikit. ada bau yang saya kenal sangat-sangat. 

cepat-cepat saya berlari masuk bilik air dan yep. seperti sangkaan saya. sabun tu dah mengecil sekecil-kecilnya. rupa-rupanya mak dan abang-abang saya berdua sebelum tu dah pakai sabun susu kambing pencuci muka tu untuk dorang cuci badan. menitik air mata seketul dua. rasa sebal dalam hati pun ada waktu tu. tapi salah siapa? salah saya ye juga. tak bagitahu diaorang apa guna sabun kecil comel tu. dan saya tetap nak salahkan abang-abang saya sebab tak bertanya saya. main bedal aje. 

tapi itu lah cerita pertama saya memakai pencuci muka. seterusnya saya dah malas beli. sebab saya malas pakai. saya malas nak menghadap cermin pagi-pagi tenyeh muka untuk mencuci sesuatu yang saya tak pasti. sebab waktu itu saya rasa kulit muka saya tiada masalah langsung. (berlagak kan? haha)

cerita tentang pencuci muka timbul semula waktu saya tinggal jauh dari family buat kali ke tiga. (kali kedua adalah di hostel sekolah yang sama waktu saya nak ambil SPM). kali ketiga saya tinggal di hostel matrikulasi perlis. kawan saya menegur, kenapa saya langsung tak memakai pencuci muka? saya jawab tak tahu. tak rasa nak pakai. dalam hati saya menjawab sebab saya tak ada kakak yang nak tunjuk ajar saya. haha. lepas tu lah, saya menadah telinga mendengar kawan saya tu bercakap perlunya kita sebagai perempuan mencuci muka. walaupun kulit kita tak ada masalah, kita masih perlu pakai pencuci muka. antara sebab-sebab yang dia sebutkan adalah nak mengelakkan penuaan. dia cakap waktu sekarang bolah la saya cakap tak nak pakai sebab kulit muka elok. tapi melalui pemakaian pencuci muka inilah, hasilnya dapat dilihat waktu kita berusia nanti. lepas tu dia tambah lagi, kulit muka kita ni nampak dekat memang tak de masalah. tapi cuba try tengok dan fikir betul-betul. hari-hari kita lalu ikut jalan yang berdebu dan sebagainya. macam mana debu tu nak tanggal dari kulit muka kalau saya tak cuci dengan pencuci. hah!

kat situ lah saya dapat pointnya. betul juga satu point dia tu. so, sebagai permulaan saya pun mencari satu produk pencuci muka yang sebelum beli saya tanya kat kawan tu dulu. waktu tu pencuci syurah baru je diperkenalkan kalau tak silap. tahun 2002. so saya beli produk tu dan pakai sampai lah 2 3 tahun jugak.yang akhirnya saya lepaskan lepas satu hari tu saya mencari produk sama tapi tak jumpa. berakhirlah jodoh saya dengan syurah.

dan untuk sekarang, saya hanya memakai pencuci muka nivea. yang mengelakkan kulit muka saya berminyak. saya pakai since saya masih di uum dan sampai sekarang itu lah juga produk sama yang saya pakai. untuk rekod, masih tak banyak mengenai produk pencuci muka yang saya pernah pakai. cuma tiga jenis yang saya ceritakan tadi sahaja. ada terniat di hati mahu menukar jenama lain tapi terasa macam ah.. tak berbaloi. hahahaa. boleh tak saya fikir macam tu? 

tapi saya rasa bersyukur punya kulit muka yang tiada masalah berkenaan jerawat atau seangkatan dengannya. mungkin atas faktor itu lah muncul perkataan malas mahu menukar produk jenama lain. :P dan saya masih aje setia dengan nivea. 

sampai bila saya akan jadi pengguna nivea saya pun tak tahu. mungkin esok lusa berubah hati mahu mencuba yang lain kan? tapi itu lah cerita yang saya tiba-tiba teringat waktu maghrib tadi. yang sebetulnya saya tersenyum sendiri bila teringat pasal sabun susu kambing yang mengecil tu. hahaa

p/s: menjadi budak kecil tidak semestinya tidak boleh dewasa. saya rindu waktu saya masih di tingkatan empat.

No comments: